Monday, January 4, 2010

2010

Sudah masuk 2010. Tapi aku masih belum mempunyai azam tahun baru. Dah lama aku tak ada azam sebenarnya. Apa guna untuk ada azam setiap tahun, tapi satu pun belum pasti tercapai.

Masuk kerja lambat.

Tuesday, December 29, 2009

Ikan Bakar

Sekarang ini aku bercuti untuk menghabiskan cuti tahunan aku yang masih ada. Takkan masih nak bekerja walhal amoi-amoi berskirt pendek pun tak masuk kerja lagi. Inspirasi hilang.

Bercadang mahu ke Melaka. Mahu makan ikan bakar.

Wednesday, December 23, 2009

Hujung tahun

Sekarang.

Ramai yang bercuti di ofis aku ini. Orang yang sudah berkahwin dah tentu nak berjalan-jalan dengan pasangan masing-masing. Orang dah ada anak pula sudah tentu nak berjalan-jalan dengan anak-anak. Orang yang belum kahwin sudah tentu nak lepak-lepak di rumah sambil lebam mata tengok Astro.

Kiri kanan. kosong.

Baru aku tahu betapa aku memerlukan amoi-amoi yang berskirt pendek untuk lalu-lalng depan aku.

Inspirasi. Inspirasi.

Thursday, December 17, 2009

Selamat semuanya

Selamat menyambut Maal Hijrah.

Selamat juga untuk pasukan bolasepak Malaysia, samada kita ganyang mereka atau kita kena ganyang.

Sarap Pan

Aku mempunyai satu perangai, iaitu aku tak suka membazir. Sebagai contoh, sekiranya adik aku tidak habis makan makanan terutamanya di restoran ketika kami makan diluar. Maka, aku akan menjadi orang yang akan menghabiskannya. Bukannya aku jenis orang yang pelahap sangat, cuma aku akan rasa berbaloi kalau kita bayar dan makanan yang kita order itu habis dimakan. Tapi bagi konteks makanan tak sedap dan tidak mampu untuk ditelan lagi. Itu lain ceritalah.

Di ofis aku. Ada disediakan sebuah peti sejuk untuk kegunaan pejabat kami. Peti sejuk itu terletak di dapur ofis kami. Selain dari peti sejuk, microwave juga disediakan untuk kemudahan memanaskan bahan barangan yang telah sejuk.

Semua staff akan menyimpan makanan mereka di dalam peti sejuk itu (sekiranya tidak habis). Jadi, akan ada banyak makanan terutamanya makanan berbentuk fast food seperti Pizza, KFC, McD dan lain-lain. Air seperti air fresh oren, air susu, air coke janganlah cerita, punya banyak tin atau botol yang ada di dalam peti sejuk itu.

Tabiat ofismate aku ini. Makanan yang ditinggal di dalam petisejuk ini kadang-kadang mereka tak ingat sangat pun. Ataupun ada setengahnya lebih kepada berbentuk amal jariah. Siapa cepat dia habiskan.

Setiap pagi. Sampai saja di ofis. Aku akan pergi ke dapur atau nama orang putihnya pantry. Bukak peti sejuk. Pilih apa menu pagi itu. Ambil, masukkan ke dalam microwave. Tunggu beberapa minit. Walla !!! Sudah boleh dimakan.

Kenyang perut. Suka hati.

Berbaloi-baloikan tabiat ini. Selamat bersarapan.

Wednesday, December 16, 2009

Perihal Encik Borhan

Di ofis aku.

Ada seorang manusia yang mempunyai hati nurani yang sangat busuk, umpama busuknya daging yang telah dimamah usia. Aku namakan dia, Encik Borhan ( bukan nama sebenar ). Seorang lelaki. Melayu. Awal 30-an. Sudah berkahwin tapi status berapa orang anaknya, aku tidak tahu. Mungkin juga aku tidak peduli kerana itu bukan masalah aku. Nak katakan dia lebih senior dari aku tidak juga, dia hanya masuk setahun lebih dulu dari aku di company ini.

Lagak; tak boleh blah. Langsung.

Masalah bagi aku dan kemungkinan juga untuk sesetengah ofismate aku yang lain adalah sikapnya. Sikapnya yang suka menyusahkan kehidupan orang lain. Pendek kata; tidak boleh tengok orang senang sikit. Kalau orang lain senang sikit, dia akan susah hati. Susah hati seperti dia nak mati.

Untuk lebih spesifik lagi. Encik Borhan ini suka membuat atau menjaja cerita yang bukan-bukan tentang orang lain. memburukan orang itu. Memburukkan orang ini. Menyalahkan sana. menyalahkan sini. Pendek kata semua orang tidak betul. Hanya dia saja yang betul dan hebat. Walhal, setiap cerita yang diceritakan itu adalah bohong dan tidak betul sama sekali. Fitnah, mungkin, Mengumpat, Mungkin, menabur pasir dalam rezeki orang lain, betul !.

Tujuan; dia mahu menampakkan dia lebih bagus dari orang lain. Supaya dia akan cepat naik pangkat dan mendapat bonus yang mencanak-canak hebat dan banyaknya.

Bukannya orang lain tidak tahu, bahawa prestasi kerjanya sendiri pun bukanlah perform sangat. Dia pun bukanlah hebat sangat. Pada aku, prestasi kerja dia moderate sahaja kerana ada juga perkara-perkara yang dia tidak tahu tapi buat-buat tahu. Terutamanya depan boss. Oh, sungguh suck-up nih !.

Orang bercakap tentang karma. Dan, aku percaya juga dengan karma ini. Dimana setiap perbuatan kita yang dilakukan akan dibalas. Pada mereka yang telah menjadi mangsa kepada Encik Borhan ini sentiasa mengharapkan karma ini akan turun dan menembak Encik Borhan. Dunia ini macam bola, sekejap kita diatas dan sekelip mata juga kita berada dibawah.

Tunggu dan lihat. Sambil-sambil itu, pada kami yang lain terpaksalah menjaga bontot kami ini senantiasa supaya setiap kesilapan kecil yang kami lakukan tidak dipandang oleh Encik Borhan ini dan membolehkan dia menjadikan bahan diatas kesilapan itu untuk menjatuhkan kami.

Lap sikit bontot itu.

Encik Borhan oh Encik Borhan.

Tuesday, December 15, 2009

Mereka bersarapan di pantry, aku tersenyjm.

Di ofis aku.

Aku melihat ada rakan-rakan sekerja yang berpasangan sesama sendiri. Erti kata lain, bercinta dalam satu ofis. Ada yang melayu, ada yang cina, ada cina melayu, ada cina india, cuma melayu india yang belum ada di ofis aku.

No offense. Aku tiada masalah untuk bercinta dengan ofismate.

Mungkin ada tempat kerja yang melarang agar tidak bercinta dengan rakan ofis sendiri. Tapi cinta dan hati, tidak boleh dimengerti dengan sendiri. Kita tidak boleh menghalang sekiranya ada rasa ataupun bait-bait cinta yang timbul antara kita kita ini. Usah dihalang, nanti akan meakan diri sendiri. Ikut kata hati, kita akan bahagia.

Pada pendapat aku, apa guna untuk disekatkan hati-hati yang tekah terpaut dan gersang ini. Kita lupakan sebentar tentang hal-hal berkisar dengan hati ini. Itu kisah lain.

Aku dulu, di tempat kerja lama pernah juga bercinta dengan ofismate. Tapi disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Hubungan kami putus. Itu bab lain.

Ada kebaikan dan keburukan juga kalau bercinta dalam satu ofis ini. Perasaan cemburu akan memainkan peranannya dengan sendiri. Cemburu bila melihat pasangan kita bersembang dengan orang lain. Cemburu bila melihat pasangan kita bergelak ketawa mesra dengan orang lain. Dan sebagainya.

Gosip-gosip liar akan menular sana sini. Telinga akan cepat terasa panas. Pada pendapat aku, keyakinan dan kejujuran serta kepercayaan harus kuat dalam diri. Untuk kita dan juga pasangan kita. Jangan cepat melatah !

Kebaikannya pula, motivasi diri untuk kuat bekerja akan meningkat dengan sendirinya. Pada konteks aku dulu, ya aku mengaku motivasi diri aku akan naik kerana aku ingin membuktikan kepada kekasih hati aku bahawa aku adalah orang yang terbaik untuk dirinya. Aku juga berusaha menjadi yang terbaik untuk organisasi aku. Membuktikan bahawa aku seorang boleh buat kerja, boleh dipercayai dan sekiranya aku mendapat pujian dari majikan, aku mahu dia berbangga bahawa aku adalah kekasih dia.

Tersenyum. Bila melihat couple couple ini bersarapan bersama di pantry ofis. Indah bukan pagi-pagi kita sekiranya bersarapan dengan kekasih hati. Lagi berbunga pula kalau kekasih hati itu satu ofis pula.