Thursday, December 17, 2009

Sarap Pan

Aku mempunyai satu perangai, iaitu aku tak suka membazir. Sebagai contoh, sekiranya adik aku tidak habis makan makanan terutamanya di restoran ketika kami makan diluar. Maka, aku akan menjadi orang yang akan menghabiskannya. Bukannya aku jenis orang yang pelahap sangat, cuma aku akan rasa berbaloi kalau kita bayar dan makanan yang kita order itu habis dimakan. Tapi bagi konteks makanan tak sedap dan tidak mampu untuk ditelan lagi. Itu lain ceritalah.

Di ofis aku. Ada disediakan sebuah peti sejuk untuk kegunaan pejabat kami. Peti sejuk itu terletak di dapur ofis kami. Selain dari peti sejuk, microwave juga disediakan untuk kemudahan memanaskan bahan barangan yang telah sejuk.

Semua staff akan menyimpan makanan mereka di dalam peti sejuk itu (sekiranya tidak habis). Jadi, akan ada banyak makanan terutamanya makanan berbentuk fast food seperti Pizza, KFC, McD dan lain-lain. Air seperti air fresh oren, air susu, air coke janganlah cerita, punya banyak tin atau botol yang ada di dalam peti sejuk itu.

Tabiat ofismate aku ini. Makanan yang ditinggal di dalam petisejuk ini kadang-kadang mereka tak ingat sangat pun. Ataupun ada setengahnya lebih kepada berbentuk amal jariah. Siapa cepat dia habiskan.

Setiap pagi. Sampai saja di ofis. Aku akan pergi ke dapur atau nama orang putihnya pantry. Bukak peti sejuk. Pilih apa menu pagi itu. Ambil, masukkan ke dalam microwave. Tunggu beberapa minit. Walla !!! Sudah boleh dimakan.

Kenyang perut. Suka hati.

Berbaloi-baloikan tabiat ini. Selamat bersarapan.

7 comments:

ah soon said...

wakaka...syok opis ko..

p/s: tak kenal

Guten Tag said...

ah soon : itulah nikmat bekerja di sebuah company MNC. heheh

hanie said...

bagus tu..
sb membazir tu amalan syaitan..

:P

the artist and i said...

makan selagi boleh makan, sekali sakit masuk hospital, bila teringin makan char kuew teau tapi takleh makan, telan ayaq lioq sajalah.

Saidatul Madiha Abd Rahim said...

breakfast ditaja.

ok, macam jealous.

Rembo said...

MNC ape eh?

Gua mmg taktau ni.

Guten Tag said...

hanie : rezeki2.

weed : kuew teau. sedap yer

dish : kerjlah kat sini

rembo : MNC itu bermaksud multi-national company