Showing posts with label monolok diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label monolok diri sendiri. Show all posts

Monday, January 4, 2010

2010

Sudah masuk 2010. Tapi aku masih belum mempunyai azam tahun baru. Dah lama aku tak ada azam sebenarnya. Apa guna untuk ada azam setiap tahun, tapi satu pun belum pasti tercapai.

Masuk kerja lambat.

Tuesday, December 29, 2009

Ikan Bakar

Sekarang ini aku bercuti untuk menghabiskan cuti tahunan aku yang masih ada. Takkan masih nak bekerja walhal amoi-amoi berskirt pendek pun tak masuk kerja lagi. Inspirasi hilang.

Bercadang mahu ke Melaka. Mahu makan ikan bakar.

Thursday, December 17, 2009

Selamat semuanya

Selamat menyambut Maal Hijrah.

Selamat juga untuk pasukan bolasepak Malaysia, samada kita ganyang mereka atau kita kena ganyang.

Tuesday, December 15, 2009

Mereka bersarapan di pantry, aku tersenyjm.

Di ofis aku.

Aku melihat ada rakan-rakan sekerja yang berpasangan sesama sendiri. Erti kata lain, bercinta dalam satu ofis. Ada yang melayu, ada yang cina, ada cina melayu, ada cina india, cuma melayu india yang belum ada di ofis aku.

No offense. Aku tiada masalah untuk bercinta dengan ofismate.

Mungkin ada tempat kerja yang melarang agar tidak bercinta dengan rakan ofis sendiri. Tapi cinta dan hati, tidak boleh dimengerti dengan sendiri. Kita tidak boleh menghalang sekiranya ada rasa ataupun bait-bait cinta yang timbul antara kita kita ini. Usah dihalang, nanti akan meakan diri sendiri. Ikut kata hati, kita akan bahagia.

Pada pendapat aku, apa guna untuk disekatkan hati-hati yang tekah terpaut dan gersang ini. Kita lupakan sebentar tentang hal-hal berkisar dengan hati ini. Itu kisah lain.

Aku dulu, di tempat kerja lama pernah juga bercinta dengan ofismate. Tapi disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Hubungan kami putus. Itu bab lain.

Ada kebaikan dan keburukan juga kalau bercinta dalam satu ofis ini. Perasaan cemburu akan memainkan peranannya dengan sendiri. Cemburu bila melihat pasangan kita bersembang dengan orang lain. Cemburu bila melihat pasangan kita bergelak ketawa mesra dengan orang lain. Dan sebagainya.

Gosip-gosip liar akan menular sana sini. Telinga akan cepat terasa panas. Pada pendapat aku, keyakinan dan kejujuran serta kepercayaan harus kuat dalam diri. Untuk kita dan juga pasangan kita. Jangan cepat melatah !

Kebaikannya pula, motivasi diri untuk kuat bekerja akan meningkat dengan sendirinya. Pada konteks aku dulu, ya aku mengaku motivasi diri aku akan naik kerana aku ingin membuktikan kepada kekasih hati aku bahawa aku adalah orang yang terbaik untuk dirinya. Aku juga berusaha menjadi yang terbaik untuk organisasi aku. Membuktikan bahawa aku seorang boleh buat kerja, boleh dipercayai dan sekiranya aku mendapat pujian dari majikan, aku mahu dia berbangga bahawa aku adalah kekasih dia.

Tersenyum. Bila melihat couple couple ini bersarapan bersama di pantry ofis. Indah bukan pagi-pagi kita sekiranya bersarapan dengan kekasih hati. Lagi berbunga pula kalau kekasih hati itu satu ofis pula.

Friday, December 11, 2009

Perasaan bila mahu menukar kerja seperti rasa too start all over again adalah sesuatu yang letih.

Bukan berasa takut tapi resah yang bermain dalam-dalam.

Bila dibicarakn bab ingin ataupun mahu menukar kerja. Perkara pertama yang bermain difikiran aku selain dari dapat atau tidak kerja itu; ialah persekitaran dan pergaulan dengan kawan-kawan baru di tempat yang baru.

Ini sering berlari-lari dalam fikiran. Jiwa ini. Sebenarnya ada satu ketika aku macam sudah malas mahu menukar kerja disebabkan musabab seperti ini. Tentang bagaimanakah suasana baru itu nanti. Adakah akan ada banyak rijid-rijidnya. Adakah akan ada banyak protokolnya. Bagaimana pula dengan peraturan-peraturan pejabat tentang itu dan ini. Tapi tentang ini aku tidak berapa kisah sangat sebab aku anggap ini adalah lumrah bila kita masuk ke tempat baru yang mempunyai aturannya yang sendiri. Hadap saja dengan bulat-bulat.

Tetapi yang paling merisaukan aku ialah penerimaan orang-orang lama di tempat kerja baru untuk menerima orang baru seperti aku. Nampaknya proses sesi memulakan bicara dan memperkenalkan diri kepada setiap orang yang ada disitu akan diulang kembali. Risau; adakah mereka itu nanti semuanya sombong-sombong. Adakah mereka itu nanti akan memperlekehkan aku. Adakah aku akan tidak-dipedulikan. Seperti menidakkan kewujudan aku. Bermula all over again.

Menelan apa saja kemungkinan baru yang akan dan bakal terjadi. Terpaksa mengulang balik bab-bab yang terdapat dalam organization dan human behavior. Mempelajari balik untuk menerima perangai kawan-kawan baru ditempat kerja yang baru. Telan dan kunyah.

Terus terang. Aku agak letih.

Bila pepatah ada mengatakan; masuk kandang singa mengaum dan bila masuk kandang kambing, kita mengembek. Aku rasa ini adalah pepatah yang tepat khususnya untuk orang-orang yang ingin memulakan suasana di tempat kerja baru.

Hidup mahukan wang.

Thursday, December 10, 2009

Ingati first love

Mengaku.

Bahawa aku masih lagi mengingati bekas kekasih aku. Takkan boleh aku lupakan kisah-kisah aku dengan mereka. Masa-masa yang terluang dengan mereka. setiap pengorbanan masa, tenaga dan sebagainya untuk mereka.

Cinta pertama.

Adalah sesuatu yang tidak mungkin bisa atau boleh dilupakan begitu saja oleh setiap insan. Bohonglah kepada hati sekiranya ada orang mengatakan dia bisa melupakan cinta pertama dia dan lontarkan segala kenangan itu jauh-jauh. Sekira betul. Hati mereka memang hati batu. Dan aku tabik spring kepada mereka kerana kuatkan hati.

Pada pendapat aku.

Cinta pertama adalah berbeza dengan cinta monyet. Cinta monyet pada aku adalah cinta yang hanya suka-suka. Seperti kita suka kepada orang itu dan orang itu pun suka kepada kita. Tapi itu adalah kisah lain; setiap orang mempunyai persepsinya yang tersendiri berhubung cinta monyet ini. Tepuk dada tanya selera. Tetapi untuk aku; cinta monyet adalah rasa sayang dan suka tapi tidak begitu emosi dan ianya boleh berlalu begitu saja dimakan waktu.

Cinta pertama aku adalah ketika aku menuntut di universiti dahulu. Namanya Julia. Kami berlainan fakulti. Berkenalan disebabkan kawan yang memperkenalkan kami. Salam yang pertama memberikan satu kejutan magnet untuk aku. Aku tidak pasti untuk dia. Sentuhan pertama yang memungkinkan seperti berasa aku sudah jatuh cinta untuk dia. Alhamdulillah, nampaknya dia juga memberikan respon yang baik untuk aku lebih mendekati dia. Ekoran dari itu, kami mula rapat. Banyak yang kami kongsikan bersama pertama sekali tentang hal-hal kecil kolej universiti, terusan kepada hal-hal gosip kawan-kawan dan berkahir dengan gengaman luahan perasaan masing-masing. Satu sama satu. 7 bulan selepas itu, kami berpacaran.

Cinta pertama.

Mengajarkan aku dengan erti rindu yang sebenarnya. Mengajar aku tentang erti kasih dan sayang yang sepenuhnya. Dimana kita akan berasa kosong jika sehari tidak mendengar suaranya. Cukup untuk kita sekiranay hanya dapat bersembang 15 minit pada setiap malam sebelum tidur. Cukup.

Dipendekkan cerita selepas 2 tahun berpacaran, kami putus. Itu kisah lain. Kalau ada kesempatan akan diceritakan.

Berkenaan dengan ingat-mengingati.

Julia. Ada kalanya aku sering bertanya kepada diri sendiri. Apa kabar kamu disana? Kerja kamu bagaimana sekarang? Sudah berumahtangga atau belum? Kalau sudah berapa anaknya? Apa nama anak kamu? Adakah seiras mengikut wajah kamu atau ayah mereka? Kamu pula adakah badan masih slim shady seperti dulu-dulu atau sudah naik mencanak gedebab sekarang ini?

Banyak perkara dan perkembangan kamu yang aku ingin tanya dan ingin aku ketahui.

Lagi satu.

Adakah kamu masih simpan kad harijadi yang aku berikan kepada kamu semasa kita berpacaran dalm tahun pertama hubungan kita?