Tuesday, December 15, 2009

Mereka bersarapan di pantry, aku tersenyjm.

Di ofis aku.

Aku melihat ada rakan-rakan sekerja yang berpasangan sesama sendiri. Erti kata lain, bercinta dalam satu ofis. Ada yang melayu, ada yang cina, ada cina melayu, ada cina india, cuma melayu india yang belum ada di ofis aku.

No offense. Aku tiada masalah untuk bercinta dengan ofismate.

Mungkin ada tempat kerja yang melarang agar tidak bercinta dengan rakan ofis sendiri. Tapi cinta dan hati, tidak boleh dimengerti dengan sendiri. Kita tidak boleh menghalang sekiranya ada rasa ataupun bait-bait cinta yang timbul antara kita kita ini. Usah dihalang, nanti akan meakan diri sendiri. Ikut kata hati, kita akan bahagia.

Pada pendapat aku, apa guna untuk disekatkan hati-hati yang tekah terpaut dan gersang ini. Kita lupakan sebentar tentang hal-hal berkisar dengan hati ini. Itu kisah lain.

Aku dulu, di tempat kerja lama pernah juga bercinta dengan ofismate. Tapi disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Hubungan kami putus. Itu bab lain.

Ada kebaikan dan keburukan juga kalau bercinta dalam satu ofis ini. Perasaan cemburu akan memainkan peranannya dengan sendiri. Cemburu bila melihat pasangan kita bersembang dengan orang lain. Cemburu bila melihat pasangan kita bergelak ketawa mesra dengan orang lain. Dan sebagainya.

Gosip-gosip liar akan menular sana sini. Telinga akan cepat terasa panas. Pada pendapat aku, keyakinan dan kejujuran serta kepercayaan harus kuat dalam diri. Untuk kita dan juga pasangan kita. Jangan cepat melatah !

Kebaikannya pula, motivasi diri untuk kuat bekerja akan meningkat dengan sendirinya. Pada konteks aku dulu, ya aku mengaku motivasi diri aku akan naik kerana aku ingin membuktikan kepada kekasih hati aku bahawa aku adalah orang yang terbaik untuk dirinya. Aku juga berusaha menjadi yang terbaik untuk organisasi aku. Membuktikan bahawa aku seorang boleh buat kerja, boleh dipercayai dan sekiranya aku mendapat pujian dari majikan, aku mahu dia berbangga bahawa aku adalah kekasih dia.

Tersenyum. Bila melihat couple couple ini bersarapan bersama di pantry ofis. Indah bukan pagi-pagi kita sekiranya bersarapan dengan kekasih hati. Lagi berbunga pula kalau kekasih hati itu satu ofis pula.

7 comments:

hanie said...

ade buruk baiknye...
cm sape2 yg ada sikap cemburu buta tu..
rentikan la cr jodoh 1 opis..
hahaha

DrNotts said...

macamana gamaknya kalau setiap hari berjumpa untuk bercinta dan bila putus harus jumpa lagi? hati bagai dihiris dan menangis dalam diam?

Rajuna said...

kalau aku.
aku akan jadikan jadikan kami seperti satu perhubungan paling rahsia.

sesekali. kenyit mata.
sesekali. cubit peha.
atau.
bila ada peluang.
berikan satu ciuman paling pantas sepantas lagu you suffer-napalm death.


auw.
aku suka menjadi skandal dia.

julietchun said...

jangan kacau daun beb, biarkan mereka bahagia,hahahaha.

Guten Tag said...

hanie : cemburu buta. penyakit tuh.

nottingham : entahlah, normally people akan buat bodoh jer kot.

rajuna : secret lover. terbaik.

julietchun : hehehe. ala sekali sekala.

phish said...

ngan makcik gayah x leh ke...die x milf ke..hahahhaa

Guten Tag said...

phish : ish..ada2 jer ko nih..