Tuesday, December 29, 2009

Ikan Bakar

Sekarang ini aku bercuti untuk menghabiskan cuti tahunan aku yang masih ada. Takkan masih nak bekerja walhal amoi-amoi berskirt pendek pun tak masuk kerja lagi. Inspirasi hilang.

Bercadang mahu ke Melaka. Mahu makan ikan bakar.

Wednesday, December 23, 2009

Hujung tahun

Sekarang.

Ramai yang bercuti di ofis aku ini. Orang yang sudah berkahwin dah tentu nak berjalan-jalan dengan pasangan masing-masing. Orang dah ada anak pula sudah tentu nak berjalan-jalan dengan anak-anak. Orang yang belum kahwin sudah tentu nak lepak-lepak di rumah sambil lebam mata tengok Astro.

Kiri kanan. kosong.

Baru aku tahu betapa aku memerlukan amoi-amoi yang berskirt pendek untuk lalu-lalng depan aku.

Inspirasi. Inspirasi.

Thursday, December 17, 2009

Selamat semuanya

Selamat menyambut Maal Hijrah.

Selamat juga untuk pasukan bolasepak Malaysia, samada kita ganyang mereka atau kita kena ganyang.

Sarap Pan

Aku mempunyai satu perangai, iaitu aku tak suka membazir. Sebagai contoh, sekiranya adik aku tidak habis makan makanan terutamanya di restoran ketika kami makan diluar. Maka, aku akan menjadi orang yang akan menghabiskannya. Bukannya aku jenis orang yang pelahap sangat, cuma aku akan rasa berbaloi kalau kita bayar dan makanan yang kita order itu habis dimakan. Tapi bagi konteks makanan tak sedap dan tidak mampu untuk ditelan lagi. Itu lain ceritalah.

Di ofis aku. Ada disediakan sebuah peti sejuk untuk kegunaan pejabat kami. Peti sejuk itu terletak di dapur ofis kami. Selain dari peti sejuk, microwave juga disediakan untuk kemudahan memanaskan bahan barangan yang telah sejuk.

Semua staff akan menyimpan makanan mereka di dalam peti sejuk itu (sekiranya tidak habis). Jadi, akan ada banyak makanan terutamanya makanan berbentuk fast food seperti Pizza, KFC, McD dan lain-lain. Air seperti air fresh oren, air susu, air coke janganlah cerita, punya banyak tin atau botol yang ada di dalam peti sejuk itu.

Tabiat ofismate aku ini. Makanan yang ditinggal di dalam petisejuk ini kadang-kadang mereka tak ingat sangat pun. Ataupun ada setengahnya lebih kepada berbentuk amal jariah. Siapa cepat dia habiskan.

Setiap pagi. Sampai saja di ofis. Aku akan pergi ke dapur atau nama orang putihnya pantry. Bukak peti sejuk. Pilih apa menu pagi itu. Ambil, masukkan ke dalam microwave. Tunggu beberapa minit. Walla !!! Sudah boleh dimakan.

Kenyang perut. Suka hati.

Berbaloi-baloikan tabiat ini. Selamat bersarapan.

Wednesday, December 16, 2009

Perihal Encik Borhan

Di ofis aku.

Ada seorang manusia yang mempunyai hati nurani yang sangat busuk, umpama busuknya daging yang telah dimamah usia. Aku namakan dia, Encik Borhan ( bukan nama sebenar ). Seorang lelaki. Melayu. Awal 30-an. Sudah berkahwin tapi status berapa orang anaknya, aku tidak tahu. Mungkin juga aku tidak peduli kerana itu bukan masalah aku. Nak katakan dia lebih senior dari aku tidak juga, dia hanya masuk setahun lebih dulu dari aku di company ini.

Lagak; tak boleh blah. Langsung.

Masalah bagi aku dan kemungkinan juga untuk sesetengah ofismate aku yang lain adalah sikapnya. Sikapnya yang suka menyusahkan kehidupan orang lain. Pendek kata; tidak boleh tengok orang senang sikit. Kalau orang lain senang sikit, dia akan susah hati. Susah hati seperti dia nak mati.

Untuk lebih spesifik lagi. Encik Borhan ini suka membuat atau menjaja cerita yang bukan-bukan tentang orang lain. memburukan orang itu. Memburukkan orang ini. Menyalahkan sana. menyalahkan sini. Pendek kata semua orang tidak betul. Hanya dia saja yang betul dan hebat. Walhal, setiap cerita yang diceritakan itu adalah bohong dan tidak betul sama sekali. Fitnah, mungkin, Mengumpat, Mungkin, menabur pasir dalam rezeki orang lain, betul !.

Tujuan; dia mahu menampakkan dia lebih bagus dari orang lain. Supaya dia akan cepat naik pangkat dan mendapat bonus yang mencanak-canak hebat dan banyaknya.

Bukannya orang lain tidak tahu, bahawa prestasi kerjanya sendiri pun bukanlah perform sangat. Dia pun bukanlah hebat sangat. Pada aku, prestasi kerja dia moderate sahaja kerana ada juga perkara-perkara yang dia tidak tahu tapi buat-buat tahu. Terutamanya depan boss. Oh, sungguh suck-up nih !.

Orang bercakap tentang karma. Dan, aku percaya juga dengan karma ini. Dimana setiap perbuatan kita yang dilakukan akan dibalas. Pada mereka yang telah menjadi mangsa kepada Encik Borhan ini sentiasa mengharapkan karma ini akan turun dan menembak Encik Borhan. Dunia ini macam bola, sekejap kita diatas dan sekelip mata juga kita berada dibawah.

Tunggu dan lihat. Sambil-sambil itu, pada kami yang lain terpaksalah menjaga bontot kami ini senantiasa supaya setiap kesilapan kecil yang kami lakukan tidak dipandang oleh Encik Borhan ini dan membolehkan dia menjadikan bahan diatas kesilapan itu untuk menjatuhkan kami.

Lap sikit bontot itu.

Encik Borhan oh Encik Borhan.

Tuesday, December 15, 2009

Mereka bersarapan di pantry, aku tersenyjm.

Di ofis aku.

Aku melihat ada rakan-rakan sekerja yang berpasangan sesama sendiri. Erti kata lain, bercinta dalam satu ofis. Ada yang melayu, ada yang cina, ada cina melayu, ada cina india, cuma melayu india yang belum ada di ofis aku.

No offense. Aku tiada masalah untuk bercinta dengan ofismate.

Mungkin ada tempat kerja yang melarang agar tidak bercinta dengan rakan ofis sendiri. Tapi cinta dan hati, tidak boleh dimengerti dengan sendiri. Kita tidak boleh menghalang sekiranya ada rasa ataupun bait-bait cinta yang timbul antara kita kita ini. Usah dihalang, nanti akan meakan diri sendiri. Ikut kata hati, kita akan bahagia.

Pada pendapat aku, apa guna untuk disekatkan hati-hati yang tekah terpaut dan gersang ini. Kita lupakan sebentar tentang hal-hal berkisar dengan hati ini. Itu kisah lain.

Aku dulu, di tempat kerja lama pernah juga bercinta dengan ofismate. Tapi disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Hubungan kami putus. Itu bab lain.

Ada kebaikan dan keburukan juga kalau bercinta dalam satu ofis ini. Perasaan cemburu akan memainkan peranannya dengan sendiri. Cemburu bila melihat pasangan kita bersembang dengan orang lain. Cemburu bila melihat pasangan kita bergelak ketawa mesra dengan orang lain. Dan sebagainya.

Gosip-gosip liar akan menular sana sini. Telinga akan cepat terasa panas. Pada pendapat aku, keyakinan dan kejujuran serta kepercayaan harus kuat dalam diri. Untuk kita dan juga pasangan kita. Jangan cepat melatah !

Kebaikannya pula, motivasi diri untuk kuat bekerja akan meningkat dengan sendirinya. Pada konteks aku dulu, ya aku mengaku motivasi diri aku akan naik kerana aku ingin membuktikan kepada kekasih hati aku bahawa aku adalah orang yang terbaik untuk dirinya. Aku juga berusaha menjadi yang terbaik untuk organisasi aku. Membuktikan bahawa aku seorang boleh buat kerja, boleh dipercayai dan sekiranya aku mendapat pujian dari majikan, aku mahu dia berbangga bahawa aku adalah kekasih dia.

Tersenyum. Bila melihat couple couple ini bersarapan bersama di pantry ofis. Indah bukan pagi-pagi kita sekiranya bersarapan dengan kekasih hati. Lagi berbunga pula kalau kekasih hati itu satu ofis pula.

Monday, December 14, 2009

Bila Makcik Gayah Memberikan Pandangan

Suatu pagi di perkarangan ofis.

Makcik Gayah (bukan nama sebenar), merupakan seorang cleaner ditempat kerja aku. Seorang yang peramah dan sudi memberikan pertolongan dan tidak pernah lokek dikala berkonsi makanan sekiranya ada makanan yang berlebihan dibawa bersama. Selesa juga dengan sikapnya. Mungkin sebab keibuannya itu yang menyebabkan semua staf di ofis aku ini senang dengannya dan menghormatinya dan bukan sekadar berpandangan seperti; kamu hanya seorang cleaner dan kami pula eksekutif-eksekutif yang pakai baju mahal.

Tadi.

Berbual kosong berkenaan hal-hal yang dibuat pada hujung minggu.

Sekarang ini musim panas. Hujan dah tak ada. Semua orang komplen sebab panas. Hydrate.

Memandangkan Makcik Gayah ini lebih tua dari aku; lalu aku bertanyakan apa itu CINTA pada mata kasar beliau.

"Cinta umpama kopi..makin pekat makin sentap..makin dekat main sedap.." ini jawapan Makcik Gayah.

Giler simple.

Friday, December 11, 2009

Perasaan bila mahu menukar kerja seperti rasa too start all over again adalah sesuatu yang letih.

Bukan berasa takut tapi resah yang bermain dalam-dalam.

Bila dibicarakn bab ingin ataupun mahu menukar kerja. Perkara pertama yang bermain difikiran aku selain dari dapat atau tidak kerja itu; ialah persekitaran dan pergaulan dengan kawan-kawan baru di tempat yang baru.

Ini sering berlari-lari dalam fikiran. Jiwa ini. Sebenarnya ada satu ketika aku macam sudah malas mahu menukar kerja disebabkan musabab seperti ini. Tentang bagaimanakah suasana baru itu nanti. Adakah akan ada banyak rijid-rijidnya. Adakah akan ada banyak protokolnya. Bagaimana pula dengan peraturan-peraturan pejabat tentang itu dan ini. Tapi tentang ini aku tidak berapa kisah sangat sebab aku anggap ini adalah lumrah bila kita masuk ke tempat baru yang mempunyai aturannya yang sendiri. Hadap saja dengan bulat-bulat.

Tetapi yang paling merisaukan aku ialah penerimaan orang-orang lama di tempat kerja baru untuk menerima orang baru seperti aku. Nampaknya proses sesi memulakan bicara dan memperkenalkan diri kepada setiap orang yang ada disitu akan diulang kembali. Risau; adakah mereka itu nanti semuanya sombong-sombong. Adakah mereka itu nanti akan memperlekehkan aku. Adakah aku akan tidak-dipedulikan. Seperti menidakkan kewujudan aku. Bermula all over again.

Menelan apa saja kemungkinan baru yang akan dan bakal terjadi. Terpaksa mengulang balik bab-bab yang terdapat dalam organization dan human behavior. Mempelajari balik untuk menerima perangai kawan-kawan baru ditempat kerja yang baru. Telan dan kunyah.

Terus terang. Aku agak letih.

Bila pepatah ada mengatakan; masuk kandang singa mengaum dan bila masuk kandang kambing, kita mengembek. Aku rasa ini adalah pepatah yang tepat khususnya untuk orang-orang yang ingin memulakan suasana di tempat kerja baru.

Hidup mahukan wang.

Thursday, December 10, 2009

Ingati first love

Mengaku.

Bahawa aku masih lagi mengingati bekas kekasih aku. Takkan boleh aku lupakan kisah-kisah aku dengan mereka. Masa-masa yang terluang dengan mereka. setiap pengorbanan masa, tenaga dan sebagainya untuk mereka.

Cinta pertama.

Adalah sesuatu yang tidak mungkin bisa atau boleh dilupakan begitu saja oleh setiap insan. Bohonglah kepada hati sekiranya ada orang mengatakan dia bisa melupakan cinta pertama dia dan lontarkan segala kenangan itu jauh-jauh. Sekira betul. Hati mereka memang hati batu. Dan aku tabik spring kepada mereka kerana kuatkan hati.

Pada pendapat aku.

Cinta pertama adalah berbeza dengan cinta monyet. Cinta monyet pada aku adalah cinta yang hanya suka-suka. Seperti kita suka kepada orang itu dan orang itu pun suka kepada kita. Tapi itu adalah kisah lain; setiap orang mempunyai persepsinya yang tersendiri berhubung cinta monyet ini. Tepuk dada tanya selera. Tetapi untuk aku; cinta monyet adalah rasa sayang dan suka tapi tidak begitu emosi dan ianya boleh berlalu begitu saja dimakan waktu.

Cinta pertama aku adalah ketika aku menuntut di universiti dahulu. Namanya Julia. Kami berlainan fakulti. Berkenalan disebabkan kawan yang memperkenalkan kami. Salam yang pertama memberikan satu kejutan magnet untuk aku. Aku tidak pasti untuk dia. Sentuhan pertama yang memungkinkan seperti berasa aku sudah jatuh cinta untuk dia. Alhamdulillah, nampaknya dia juga memberikan respon yang baik untuk aku lebih mendekati dia. Ekoran dari itu, kami mula rapat. Banyak yang kami kongsikan bersama pertama sekali tentang hal-hal kecil kolej universiti, terusan kepada hal-hal gosip kawan-kawan dan berkahir dengan gengaman luahan perasaan masing-masing. Satu sama satu. 7 bulan selepas itu, kami berpacaran.

Cinta pertama.

Mengajarkan aku dengan erti rindu yang sebenarnya. Mengajar aku tentang erti kasih dan sayang yang sepenuhnya. Dimana kita akan berasa kosong jika sehari tidak mendengar suaranya. Cukup untuk kita sekiranay hanya dapat bersembang 15 minit pada setiap malam sebelum tidur. Cukup.

Dipendekkan cerita selepas 2 tahun berpacaran, kami putus. Itu kisah lain. Kalau ada kesempatan akan diceritakan.

Berkenaan dengan ingat-mengingati.

Julia. Ada kalanya aku sering bertanya kepada diri sendiri. Apa kabar kamu disana? Kerja kamu bagaimana sekarang? Sudah berumahtangga atau belum? Kalau sudah berapa anaknya? Apa nama anak kamu? Adakah seiras mengikut wajah kamu atau ayah mereka? Kamu pula adakah badan masih slim shady seperti dulu-dulu atau sudah naik mencanak gedebab sekarang ini?

Banyak perkara dan perkembangan kamu yang aku ingin tanya dan ingin aku ketahui.

Lagi satu.

Adakah kamu masih simpan kad harijadi yang aku berikan kepada kamu semasa kita berpacaran dalm tahun pertama hubungan kita?

Wednesday, December 9, 2009

Ini kata Mr Robert pula

Cinta.

Pada pendapat aku ianya boleh dikategorikan sebagai satu benda yang objektif dan subjektif. Objektif, semua manusia mencari cinta dan ingin dicintai dengan sepenuhnya tidak kira dengan sesiapa saja dan dari sesiapa saja. Semua mahu dikasihi. Subjektif, cinta pula sebagai satu yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. Ada cinta kepada keluarga, kawan, kekasih, Tuhan dan sebagainya.

Bagi Mr Robert, seorang yang berketurunan cina. Bekerja satu ofis dengan aku. Mempunyai persepsinya yang tersendiri apabila berbicarakan tentang cinta.

“cinta akan datang seiring bila kita mempunyai security dalam perhubungan kita” jawab Mr Robert sambil menarik rokok Marlboro Lightnya. Dalam maksudnya sama juga dengan sedalam tarikan hisapan rokoknya.

Diam.

“apa maksud security tuh Mr Robert?” aku bertanya kembali sambil mahu nyalakan rokok ditangan aku. Menantikan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh dia. Sabar.


“security itu bermaksud duit dan asset” ringkas jawapan dari Mr Robert sambil membelek handphone ditangan.

“duit adalah satu syarat yang penting dalam kehidupan. Sekarang ini semua tempat pun mahu gunakan duit. Pergi sana duit. Pergi sini pun duit. Even, sekarang pun masuk toilet pun mahu duit. Kalau tidak ada duit. Macam mana mahu hidup. Nanti selepas kahwin mahu makan apa.?” Sambung Mr Robert lagi.

Aku diam sambil tarik asap rokok. Masuk dalam kuat-kuat. Benar juga kata Mr Robert ini.

Mungkin benar juga apa yang diperkatakan oleh Mr Robert ini. Ini bukan lagi zaman dulu-dulu. Dimana cinta hanya boleh dimainkan dengan kata-kata manis dan janji-janji yang membuatkan kita terbang ke awan. Bukan lagi zaman dimana kita sering perkatakan; ulat dalam batu pun boleh hidup. Aku setuju memang ulat dalam batu boleh hidup. Tapi itu ulat. Bukannya kita. Kita ini manusia yang mempunyai kehendak dan keinginan yang tinggi.

Teringat dengan satu kisah dimana ada seorang insan ini dah sampai anak 4 tapi hutang kahwin dulu masih belum selesai.

Aku terkedu. Membuatkan aku terfikir.

Hisap asap rokok makin dalam-dalam.

Tuesday, December 8, 2009

Alia

Alia, seorang gadis yang bekerja satu tempat dengan aku. dia percaya bahawa cinta akan datang kepadanya, nanti. suatu hari nanti. kemudian. mungkin.

Alia memberitahu kepadaku bahwa dia akan menunggu lelaki yang sempurna dan berkualiti untuk datang ke dalam hidupnya. Tapi adakah lelaki sedemikian di zaman sekarang ini. aku musykil dan tertanya pada diri sendiri. Pada pendapat aku, kalau lelaki itu memanglah ramai cuma lelaki yang bujang dan berkualiti agak amat susah dicari ketika ini. Kalau yang ada pun pastinya sudah berpunya.

" Aku akan terus menunggu kerana aku pasti akan ada jodoh aku dengan dia.." Alia menjawab dengan nada tegas ketika aku menyoal kisah cinta dia. Tegas dan pasrah. tapi bunyi pasrah amat jelas kedengaran sekali. Aku tidak pasti. Jawapan yang statik. Tapi itu jawapannya. Jawapan Alia.

" Atau kau mahu tunggu sehingga menjadi andartu dan berada diakhir kalendar? " Aku menyoal dia. Soalan provoke untuk melihat apa jawapan darinya.

" Kalau ada jodoh tak akan kemana. Aku akan terus tunggu. Selagi bas belum sampai ke perhentiannya. " Tenang. Jawab Alia. Masih pasrah.

" Bas belum sampai? " Aku bertanya lagi.

" Macam mana pula kalau pemandu bas itu seorang lelaki tua yang gemuk dan beristeri 3?" Satu lagi soalan cepu emas untuk Alia.

Dia diam.

Perempuan ini terlalu memilih untuk yang terbaik. namun kaum merekalah juga yang sering kena tipu dengan golongan aku ini. Lelaki. Selalunya mencari kesempatan keatas perempuan-perempuan yang seperti ini. Alia bukan terdesak tapi jauh disudut hatinya, dia mengharapkan lelaki 'prince charming' untuk datang mengambil dia dengan menaiki kuda putih.