Bukan berasa takut tapi resah yang bermain dalam-dalam.
Bila dibicarakn bab ingin ataupun mahu menukar kerja. Perkara pertama yang bermain difikiran aku selain dari dapat atau tidak kerja itu; ialah persekitaran dan pergaulan dengan kawan-kawan baru di tempat yang baru.
Ini sering berlari-lari dalam fikiran. Jiwa ini. Sebenarnya ada satu ketika aku macam sudah malas mahu menukar kerja disebabkan musabab seperti ini. Tentang bagaimanakah suasana baru itu nanti. Adakah akan ada banyak rijid-rijidnya. Adakah akan ada banyak protokolnya. Bagaimana pula dengan peraturan-peraturan pejabat tentang itu dan ini. Tapi tentang ini aku tidak berapa kisah sangat sebab aku anggap ini adalah lumrah bila kita masuk ke tempat baru yang mempunyai aturannya yang sendiri. Hadap saja dengan bulat-bulat.
Tetapi yang paling merisaukan aku ialah penerimaan orang-orang lama di tempat kerja baru untuk menerima orang baru seperti aku. Nampaknya proses sesi memulakan bicara dan memperkenalkan diri kepada setiap orang yang ada disitu akan diulang kembali. Risau; adakah mereka itu nanti semuanya sombong-sombong. Adakah mereka itu nanti akan memperlekehkan aku. Adakah aku akan tidak-dipedulikan. Seperti menidakkan kewujudan aku. Bermula all over again.
Menelan apa saja kemungkinan baru yang akan dan bakal terjadi. Terpaksa mengulang balik bab-bab yang terdapat dalam organization dan human behavior. Mempelajari balik untuk menerima perangai kawan-kawan baru ditempat kerja yang baru. Telan dan kunyah.
Terus terang. Aku agak letih.
Bila pepatah ada mengatakan; masuk kandang singa mengaum dan bila masuk kandang kambing, kita mengembek. Aku rasa ini adalah pepatah yang tepat khususnya untuk orang-orang yang ingin memulakan suasana di tempat kerja baru.
Hidup mahukan wang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
nak bekerja di tempat baru ke? skang ni mana ada lagi kes buli pekerja baru, aku takut ko yg buli dorang,hahahahaha.
juliet : hehehe..memang dah takada kes buli cuma aku nih pemalu sikit org yer.heheh
huhuh...
smge dapat adapt ngn suasana baru!
mula2 mmg ase pelik..
dh lama2..ok la..
jgn pemalu smp org label "sombong" plk..
hehehehe
ghostone : heheh..insyallah bila dah dapat kerja baru nanti.
hanie : okay , hanie..:)
Post a Comment