Suatu pagi di perkarangan ofis.
Makcik Gayah (bukan nama sebenar), merupakan seorang cleaner ditempat kerja aku. Seorang yang peramah dan sudi memberikan pertolongan dan tidak pernah lokek dikala berkonsi makanan sekiranya ada makanan yang berlebihan dibawa bersama. Selesa juga dengan sikapnya. Mungkin sebab keibuannya itu yang menyebabkan semua staf di ofis aku ini senang dengannya dan menghormatinya dan bukan sekadar berpandangan seperti; kamu hanya seorang cleaner dan kami pula eksekutif-eksekutif yang pakai baju mahal.
Tadi.
Berbual kosong berkenaan hal-hal yang dibuat pada hujung minggu.
Sekarang ini musim panas. Hujan dah tak ada. Semua orang komplen sebab panas. Hydrate.
Memandangkan Makcik Gayah ini lebih tua dari aku; lalu aku bertanyakan apa itu CINTA pada mata kasar beliau.
"Cinta umpama kopi..makin pekat makin sentap..makin dekat main sedap.." ini jawapan Makcik Gayah.
Giler simple.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
haha..simple.
tp maksud yg cukup dalam..
kirim salam laa kat makcik gayah tu...
kopi? interesting! auntie rasa versi cinta buat auntie ialah kasut. kalau tak beli satu hari boleh syahdu. cinta itu ibarat beli kasut!
sorry, noname tadi ialah auntie!
oo.makcik gayah...saya mahu kawen sama anak makcik gayahhhh...hahhaa.tbe22
macam pepatah bahasa greek pula,hahhahaha.
hanie : heheh..memang pun
ammosham : insyaallah
nottingham : hye, auntie..biasalah..orang perempuan CINTA pada kasut dan handbag jer. heeh
phish : nanti aku tanya, dia ada anak yg masih belum kahwin tak.
julietchun : itulah pasal, mungkin pepatah org jawa kot sebab dia org jawa.
simple dan sgt bermakne!
gua tak boleh dowh minum kopi
kepala jadi heavy metal!
Post a Comment