Wednesday, December 9, 2009

Ini kata Mr Robert pula

Cinta.

Pada pendapat aku ianya boleh dikategorikan sebagai satu benda yang objektif dan subjektif. Objektif, semua manusia mencari cinta dan ingin dicintai dengan sepenuhnya tidak kira dengan sesiapa saja dan dari sesiapa saja. Semua mahu dikasihi. Subjektif, cinta pula sebagai satu yang boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. Ada cinta kepada keluarga, kawan, kekasih, Tuhan dan sebagainya.

Bagi Mr Robert, seorang yang berketurunan cina. Bekerja satu ofis dengan aku. Mempunyai persepsinya yang tersendiri apabila berbicarakan tentang cinta.

“cinta akan datang seiring bila kita mempunyai security dalam perhubungan kita” jawab Mr Robert sambil menarik rokok Marlboro Lightnya. Dalam maksudnya sama juga dengan sedalam tarikan hisapan rokoknya.

Diam.

“apa maksud security tuh Mr Robert?” aku bertanya kembali sambil mahu nyalakan rokok ditangan aku. Menantikan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh dia. Sabar.


“security itu bermaksud duit dan asset” ringkas jawapan dari Mr Robert sambil membelek handphone ditangan.

“duit adalah satu syarat yang penting dalam kehidupan. Sekarang ini semua tempat pun mahu gunakan duit. Pergi sana duit. Pergi sini pun duit. Even, sekarang pun masuk toilet pun mahu duit. Kalau tidak ada duit. Macam mana mahu hidup. Nanti selepas kahwin mahu makan apa.?” Sambung Mr Robert lagi.

Aku diam sambil tarik asap rokok. Masuk dalam kuat-kuat. Benar juga kata Mr Robert ini.

Mungkin benar juga apa yang diperkatakan oleh Mr Robert ini. Ini bukan lagi zaman dulu-dulu. Dimana cinta hanya boleh dimainkan dengan kata-kata manis dan janji-janji yang membuatkan kita terbang ke awan. Bukan lagi zaman dimana kita sering perkatakan; ulat dalam batu pun boleh hidup. Aku setuju memang ulat dalam batu boleh hidup. Tapi itu ulat. Bukannya kita. Kita ini manusia yang mempunyai kehendak dan keinginan yang tinggi.

Teringat dengan satu kisah dimana ada seorang insan ini dah sampai anak 4 tapi hutang kahwin dulu masih belum selesai.

Aku terkedu. Membuatkan aku terfikir.

Hisap asap rokok makin dalam-dalam.

8 comments:

hanie said...

skrg nih...xde duit pn blh bahagia mmg xleh pakai lg..

duit tu dh jd kehendak..
nk plk..nilai wang semakin kecik skrg nih..
haihhh..

cm jgn la cr cinta yg berlandaskan duit semata..
yg tu mmg wajib kena tempeleng!

Rozita said...

ada betulnya kata Mr Robert yg itu. setuju.
dunia skrg ada lah duit. duit adalah dunia skrg :)

the artist and i said...

cinta cinta ni dah tak penting dah.

kalau dah bergalak sangat, nak kawen, kena ada perancangan, kena ada komitmen, kena ada tolenrasi dan macam-macam.


juga duit, supaya nak pegi travel bersama senang. :)

AL-BIMA SAKTI said...

cinta nak diselarikan juga dengan kewangan.

cinta takkan hidup tanpa kewangan.

kewangan tak sempurna tanpa cinta...

Guten Tag said...

hanie : mencari cinta berlandaskan cinta dah ramai yg buat macam tuh sekarang ini.

rozita : duit adalah dunia sekarang, memang betul.

weed and bandages : perancangan memang perlu tapi secaara asasnya semua kena ada duit. :)

al-bima sakti : betul2.

julietchun said...

kita perlukan duit utk buktikan cinta kita pada sidia, nak kawen harus ada duitkan, bukan saja ada cinta :D

DrSam said...

...bicara cinta. Moto ketika muda "cinta ibarat kurap, makin digaru makin sedap"

Guten Tag said...

julietchun : betul. nak kahwin harus ada duit selain cinta.

drsam : hahahah..aku suka dgn pepatah itu..memang sedap pun.