Wednesday, December 16, 2009

Perihal Encik Borhan

Di ofis aku.

Ada seorang manusia yang mempunyai hati nurani yang sangat busuk, umpama busuknya daging yang telah dimamah usia. Aku namakan dia, Encik Borhan ( bukan nama sebenar ). Seorang lelaki. Melayu. Awal 30-an. Sudah berkahwin tapi status berapa orang anaknya, aku tidak tahu. Mungkin juga aku tidak peduli kerana itu bukan masalah aku. Nak katakan dia lebih senior dari aku tidak juga, dia hanya masuk setahun lebih dulu dari aku di company ini.

Lagak; tak boleh blah. Langsung.

Masalah bagi aku dan kemungkinan juga untuk sesetengah ofismate aku yang lain adalah sikapnya. Sikapnya yang suka menyusahkan kehidupan orang lain. Pendek kata; tidak boleh tengok orang senang sikit. Kalau orang lain senang sikit, dia akan susah hati. Susah hati seperti dia nak mati.

Untuk lebih spesifik lagi. Encik Borhan ini suka membuat atau menjaja cerita yang bukan-bukan tentang orang lain. memburukan orang itu. Memburukkan orang ini. Menyalahkan sana. menyalahkan sini. Pendek kata semua orang tidak betul. Hanya dia saja yang betul dan hebat. Walhal, setiap cerita yang diceritakan itu adalah bohong dan tidak betul sama sekali. Fitnah, mungkin, Mengumpat, Mungkin, menabur pasir dalam rezeki orang lain, betul !.

Tujuan; dia mahu menampakkan dia lebih bagus dari orang lain. Supaya dia akan cepat naik pangkat dan mendapat bonus yang mencanak-canak hebat dan banyaknya.

Bukannya orang lain tidak tahu, bahawa prestasi kerjanya sendiri pun bukanlah perform sangat. Dia pun bukanlah hebat sangat. Pada aku, prestasi kerja dia moderate sahaja kerana ada juga perkara-perkara yang dia tidak tahu tapi buat-buat tahu. Terutamanya depan boss. Oh, sungguh suck-up nih !.

Orang bercakap tentang karma. Dan, aku percaya juga dengan karma ini. Dimana setiap perbuatan kita yang dilakukan akan dibalas. Pada mereka yang telah menjadi mangsa kepada Encik Borhan ini sentiasa mengharapkan karma ini akan turun dan menembak Encik Borhan. Dunia ini macam bola, sekejap kita diatas dan sekelip mata juga kita berada dibawah.

Tunggu dan lihat. Sambil-sambil itu, pada kami yang lain terpaksalah menjaga bontot kami ini senantiasa supaya setiap kesilapan kecil yang kami lakukan tidak dipandang oleh Encik Borhan ini dan membolehkan dia menjadikan bahan diatas kesilapan itu untuk menjatuhkan kami.

Lap sikit bontot itu.

Encik Borhan oh Encik Borhan.

9 comments:

the artist and i said...

Tipikal Melayu. Kurang berkembang kalau bergaul. Elok jauhkan.



Tak pun masa harijadi dia, hadiahkan sesuatu yang misteri. Hadiah tanpa nama.


Balut dalam kotak elok2, kertas minyak pun jadilah. Dalam tu letak CD Raihan atau Sex Pistols. Hehehe.


Amacam, ada brani?

Rembo said...

Orang macam ni, kau 'layankan' dengan layanan yang kaw kaw sampai dia keluar ayat;

'Eh, kau ni macam perli aku je.'

Untuk pengajaran pertama. Next step, figure out later.

DrNotts said...

Encik Borhan is really a sicko! Tell him to get a life!

hanie said...

buat tak tau jek. org mcm tu mmg mental dia sakit.
kat opis sini dl pn..ade jgk org mcm tu..
last2..kena buang keje.. :P

Rajuna said...

gua tak dapat depan
gua sabotaj belakang.

lu tau mana kereta dia parking?

Guten Tag said...

wees and bandages : hahaha. letak CD raihan dan SexPistol. Tapi kalau dia suka macam mana?

rembo : ada member dah buat macam tuh tapi dia boleh tanya balik..sapa orang tuh??

nottingham : itulah kehidupan dia kacau rezeki orang lain.

hanie : tak boleh jugak kalau buat tak tahu jer, takut nanti bos termakan dgn apa yang dicakap nanti. Nyalah kami disini.

rajuna : aku tau..aku tau !!

Mak Su said...

hish, kena berhati2 ni... alahai encik borhan....

julietchun said...

ada gak org lelaki perangai gitu yek.

Guten Tag said...

maksu : memang kami berhati2 sangat pun dgn dia nih..

julietchun : uish..ada..jgn ingat org pompuan saja. yang penting bagi dorang adalah kenaikan pangkat.